HARI NI AKU MAU SHARE TTG 'KETEGURAN'..AKU MAU CERITA coz SEBAIK KAMI PULANG DR PERCUTIAN 5 HARI DR SEMPORNA-MABUL-SANDAKAN...ANAK AKU TELAH JATUH SAKIT...so,BG AKU N SUAMI,KAMI HANYA PIKIR MGKIN DSEBABKAN KEADAAN CUACA PANAS N SEJUK YG MYEBABKAN ANAK AKU SAKIT SERTA BKEMUNGKINAN PENAT..TP SETELAH BALIK HAMPIR 4 HARI..DEMAM RANIE MASIH TIDAK KEBAH..SO,MAMAK AKU NASIHATKN UTK PEGI BERURUT..ORG TUA BILANG'SEMANGAT NYA TGGL D PULAU'..N ORG DULU2 BILANG SEPTT NYA AKU CIUM KAN SEDIKIT PASIR SEBELUM PULANG KE SINI UTK ELAK SEMANGAT NYA TGGL DSNA..TP AKU XBUAT SBB AKU XTAU..WLPUN ADA SSTGH ORG TIDAK PERCAYA TP BG AKU KEPERCAYAAN ORG TUA DULU2 TIDAK BOLE KTA PANDANG REMEH...SO BEBALIK PADA CERITA ANAK AKU...SEMALAM AKU PERGI LA BW ANAK AKU PEGI BERURUT N MENURUT NENEK AKU ANAK AKU MMG KETEGURAN..ALHAMDULILAH SELEPAS D URUT BARU LAH RANIE SEPERTI BIASA...W/PUN SKRG NI PERANGAI XDK MCM DLU..KUAT SGT MENANGIS...DSINI AKU MO SHARE ARTIKEL TTG 'KETEGURAN'...
Ain, keteguran dan nazar
Januari 11, 2008 — sulaiman
Pandangan manusia adakalanya berbisa dan dikenali dengan “ain” yang juga disebut sebagai ‘pandangan mata’ atau ‘keteguran” dalam bahasa Melayu. Misalnya keteguran (disampuk) oleh jin atau syaitan. Juga dikenali dengan nama “nazar”
Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al-Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”
Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya): “Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim)
Orang Arab, Pakistan dan Kashmir antara yang kuat “ain” (keteguran). Kalau mereka puji sesuatu, perkara itu akan bertukar menjadi sebaliknya. Misalnya jika seorang yang mempunyai “ain” menegur anak orang lain “sihatnya anak awak ini”. Tak lama selepas itu anak itu akan sakit-sakit.
Untuk mengubati orang yang terkena ain, keteguran atau juga dikenali dengan “nazar” itu perlu diambil air basuhan tangan (orang yang menegur) dan disiram pada badan orang yang terkena atau meminumnya sedikit. Selain itu boleh juga mengamalkan ayat:
Baqarah [270] Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.
Qalam [49] Kalaulah dia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah dia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan dia ditempelak (kerana salah silapnya). [50] Selepas itu Tuhannya memilihnya, serta menjadikan dia dari orang-orang yang soleh.
[51] Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila.
Orang yang memiliki “ain” tidak boleh menyalahgunakannya, haram dan berdosa besar. Ia bukan “keramat”. Malahan kalau mereka hendak memuji sesuatu hendaklah menyebut “Subhanallah” sebelum memujinya.
Setengah ulama mengatakan mereka yang termakan najis semasa kecil biasanya memiliki “ain”.
Rasulullah s.a.w bersabda:
” Kalau ada sesuatu yang boleh mengatasi takdir Allah, maka “ain” lah itu, tetapi tiada yang boleh mengatasi takdir Allah“
Dalam Al Quran yang menceritakan tentang saudara saudara Nabi Yusuf yang kembali ke Mesir untuk menebus adik mereka (Yusuf dan Bunyamin) yang telah ditahan kerana dituduh mencuri. Mereka telah dinasihatkan oleh ayah mereka (Nabi Yaaqub) supaya memasuki kota Mesir dari jalan-jalan yang berasingan kerana ditakuti terkena ain (‘kena mata’) …..Takut orang terkejut melihat kecantikan mereka dan menegur jika mereka berjalan bersama-sama.
Yusuf [67] Dan dia berkata lagi: “Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri“.
“Ain” dan arahan bapanya itu tidak boleh mengatasi takdir Allah:
Yusuf [68] Dan ketika mereka masuk menurut arah yang diperintahkan oleh bapa mereka, tidaklah perintahnya itu dapat menyelamatkan mereka dari apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sedikitpun, tetapi yang demikian itu hanyalah melahirkan hajat yang terpendam dalam hati Nabi Yaakub. Dan sesungguhnya dia orang yang berilmu, kerana kami telah mengajarnya (dengan perantaraan wahyu); tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (akan rahsia takdir Tuhan)
Salman Al-Farsi (orang Iran) juga terkena “ain” semasa menggali parit untuk perang Khandak atau perang Ahzab (parit). Dia seorang yang tua tetapi masih kuat. Dia di ainkan “tegur” oleh seorang yang memujinya dengan berkata “kuatnya tenaga kamu”. Tak lama selepas itu, sakit lah Salman sehingga Nabi mengubatinya.
KETEGURAN ITU BUKAN SAJA BOLE DR MAKHLUS HALUS(NAZAR) BAHKAN DR ORG BIASA JUGA(AIN)...KLU BLE SILA KOMEN YA...DSINI OR MY FB...TQ..